DANA PEMBANGUNAN SURAU AL-FITYAN

LATAR BELAKANG AL-FITYAN
Maahad Tahfiz AlFityan ( AL FITYAN ) ditubuhkan pada 27 Oktober 2010 yang beralamat di
Kampung Setar, Yan, Kedah. Sesi pengajiannya telah bermula pada 01 Januari 2011.
AL FITYAN ditubuhkan hasil dari pada pengembeling tenaga pemuda, masyarakat setempat,
para intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pendidikan tahfiz, agama Islam
dan teknik pembelajaran dan pengajaran yang bersistematik.
Maahad Tahfiz Al Fityan juga telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah
pada 03 Mac 2015 dengan No . Pendaftaran : MAIK 07/2015.
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Mewujudkan sebuah maahad yang memberi penumpuan Tahfiz Al Quran, Pendidikan Agama dan Sahsiah secara bersepadu.
- Memartabatkan Bahasa al-Quran sebagai bahasa utama.
- Berusaha melahirkan pelajar yang terdidik mindanya, terarah peribadinya dan istiqamah
imannya.
FALSAFAH AL FITYAN
Maahad Tahfiz Al Fityan (AL FITYAN) merupakan pusat pengajian Al-Quran berteraskan
Hafazan Al Quran, mempunyai matlamat penerusan warisan ulama’ yang terdidik dan terarah
hasil dari proses pengajaran, pembelajaran berteraskan prinsip dakwah serta tarbiyyah dari
bimbingan guru-guru, serta pentadbir yang komited dengan Akhlak Islami.
MISI :
✅ Melahirkan generasi Huffaz yang menjadi pendokong generasi Islam
✅ Membentuk dan mengasuh pelajarnya kearah akhlak yang mulia
✅ Melatih dan menyemai semangat cintakan Islam di kalangan pelajar
sehingga menjadi pejuang yang istiqamah
✅ Mentarbiyah pelajar ke arah melahirkan Ulama‘ Muttaqin
VISI :
Menjadi sebuah Institusi yang melahirkan Huffaz di kalangan pemuda
yang berjuang untuk memartabatkan Al-Quran dan mendaulatkan
Islam.
Pengajian bermula daripada tahun satu hingga tahun empat. Sistem pengajiannya
menggabungkan tiga sukatan pelajaran terasia itu Tahfiz Sepenuh Masa , Ad-Dinniah dan
Kuliyah Umumi. Pelajar diwajibkan khatam hafazan dalam masa empat tahun sahaja.
BANTUAN PEMBIAYAAN PEMBANGUNAN SURAU AL-FITYAN
Pihak pengurusan sekolah memohon bantuan orang ramai untuk membantu membiayai kos pembinaan dan pembangunan Surau Al-Fityan. Anggaran kos yang masih diperlukan lagi adalah sebanyak RM 900,000. Surau ini nanti akan menjadi tempat untuk para pelajar, warga sekolah menjalankan aktiviti keagamaan termasuk solat berjemaah dan kuliah pengajian serta terbuka untuk kegunaan masyarakat setempat.
Pihak kami juga sedang mencari 30 orang usahawan yang dermawan untuk membantu membiayai projek pembinaan bangunan Surau Al-Fityan. Pihak kami menyasarkan jumlah kutipan dapat dicapai menjelang Disember 2021 agar kerja-kerja pembinaan dapat berjalan lancar seperti yang dijadualkan.
✅ PAKEJ C : Sumbangan Dana Surau RM50
✅ PAKEJ D : Sumbangan Dana Surau RM30