MAJLIS KHATAM AL-QURAN 30 JUZUK ONLINE

Assalamualaikum w.b.t
Kami pihak pengurusan Maahad Tahfiz Al-Fityan akan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran 30 Juzuk Online bersempena menyambut Nuzul Al-Quran.
Kami berhajat dan berbesar hati ingin menjemput tuan/puan untuk hadir ke Majlis Khatam Al-Quran bagi memeriahkan program. Berikut adalah butiran program:
✅Tarikh: 29 APRIL 2021 (KHAMIS)
✅Masa: 5.00 - 6.30 PETANG
✅Lokasi: FB LIVE dan ZOOM
ATURCARA PROGRAM
SESI PAGI (FB LIVE) | |
8.45 - 9.00 Pagi | Ketibaan para pelajar tahfiz & taklimat program. |
9.00 - 12.00 Tengahari | Bermula majlis bacaan 30 juzuk di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Fityan. |
SESI PETANG (ZOOM *bagi yang berdaftar) | |
4.50 - 5.00 Petang | Ketibaan para pelajar dan jemputan |
5.00 - 5.30 Petang | Majlis khatam al-Quran bermula |
5.30 - 6.00 Petang | Tazkirah ringkas dari PU Izzat |
6.00 - 6.30 Petang | Ucapan oleh Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Fityan |
6.30 Petang | Bersurai |
Kami membuka ruang dan peluang kepada tuan/puan yang berhajat untuk menghadiahkan Bacaan al-Quran 30 Juzuk ini kepada arwah ibu bapa/ ahli keluarga/ saudara mara dalam bulan Ramadan ini.
Sila isi borang ini dengan sertakan nama arwah dalam ruangan yang telah disediakan.
*Setiap pendaftaran hanya untuk Satu Nama Arwah sahaja.
MAKLUMAN PROGRAM
1️⃣ Program akan berjalan 2 sesi iaitu pagi di (FB Live) dan petang di (Zoom).
2️⃣ Bacaan Al-Quran 30 Juz akan dibaca oleh para pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Fityan.
3️⃣ Jemputan khas adalah PU Izzat.
4️⃣ Majlis ini diadakan secara online melalui aplikasi FB Live dan Zoom.
5️⃣ Tempat terhad hanya pada 500 penyertaan sahaja.
6️⃣ Peserta yang mendaftar sahaja akan dibenarkan masuk ke Zoom.
7️⃣ Link Zoom akan diberi melalui SMS & Email.
8️⃣ Sumbangan akan disalurkan ke dalam Tabung Pembangunan Surau Maahad Tahfiz Al-Fityan.
*Pendaftaran DITUTUP pada 28 April 2021 tepat jam 12.00 malam.
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :
Bank : MAYBANK
Nama : Maahad Tahfiz Al-Fityan
No Akaun : 552125567429
Letakkan reference/remark "KHATAM AL-QURAN" untuk bantu kami semak transaksi sumbangan.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi
Ustaz Md Shukri ( 013-4669710 )
LIKE |FOLLOW |SHARE
FB PAGE:
MAAHAD TAHFIZ AL-FITYAN