SUMBANGAN TABUNG DANA PEMBANGUNAN SURAU AL-FITYAN

SUMBANGAN TABUNG DANA PEMBANGUNAN SURAU AL-FITYAN

LATAR BELAKANG AL-FITYAN
        
Maahad Tahfiz AlFityan ( AL FITYAN ) ditubuhkan pada 27 Oktober 2010 yang beralamat di Kampung Setar, Yan, Kedah. Sesi pengajiannya telah bermula pada 01 Januari 2011. AL FITYAN ditubuhkan hasil dari pada pengembeling tenaga pemuda, masyarakat setempat, para intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pendidikan tahfiz, agama Islam dan teknik pembelajaran dan pengajaran yang bersistematik. Maahad Tahfiz Al Fityan juga telah didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Kedah pada 03 Mac 2015 dengan No . Pendaftaran : MAIK 07/2015.


OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Mewujudkan sebuah maahad yang memberi penumpuan Tahfiz Al Quran, Pendidikan Agama dan Sahsiah secara bersepadu.
  • Memartabatkan Bahasa al-Quran sebagai bahasa utama. 
  • Berusaha melahirkan pelajar yang terdidik mindanya, terarah peribadinya dan istiqamah imannya.

FALSAFAH AL FITYAN

Maahad Tahfiz Al Fityan (AL FITYAN) merupakan pusat pengajian Al-Quran berteraskan Hafazan Al Quran, mempunyai matlamat penerusan warisan ulama’ yang terdidik dan terarah hasil dari proses pengajaran, pembelajaran berteraskan prinsip dakwah serta tarbiyyah dari bimbingan guru-guru, serta pentadbir yang komited dengan Akhlak Islami.


MISI :

✅ Melahirkan generasi Huffaz yang menjadi pendokong generasi Islam
✅ Membentuk dan mengasuh pelajarnya kearah akhlak yang mulia
✅ Melatih dan menyemai semangat cintakan Islam di kalangan pelajar sehingga menjadi pejuang yang istiqamah
✅ Mentarbiyah pelajar ke arah melahirkan Ulama‘ Muttaqin

VISI :
Menjadi sebuah Institusi yang melahirkan Huffaz di kalangan pemuda yang berjuang untuk memartabatkan Al-Quran dan mendaulatkan Islam.

Pengajian bermula daripada tahun satu hingga tahun empat. Sistem pengajiannya menggabungkan tiga sukatan pelajaran terasia itu Tahfiz Sepenuh Masa , Ad-Dinniah dan Kuliyah Umumi. Pelajar diwajibkan khatam hafazan dalam masa empat tahun sahaja. 

BANTUAN PEMBIAYAAN PEMBANGUNAN SURAU AL-FITYAN

Pihak pengurusan sekolah memohon bantuan orang ramai untuk membantu membiayai kos pembinaan dan pembangunan Surau Al-Fityan. Anggaran kos yang masih diperlukan lagi adalah sebanyak RM 900,000. Surau ini nanti akan menjadi tempat untuk para pelajar, warga sekolah menjalankan aktiviti keagamaan termasuk solat berjemaah dan kuliah pengajian serta terbuka untuk kegunaan masyarakat setempat.

Pihak kami juga sedang mencari 30 orang usahawan yang dermawan untuk membantu membiayai projek pembinaan bangunan Surau Al-Fityan. Pihak kami menyasarkan jumlah kutipan dapat dicapai menjelang Disember 2021 agar kerja-kerja pembinaan dapat berjalan lancar seperti yang dijadualkan.


Berikut adalah pakej sumbangan dana PEMBANGUNAN SURAU AL-FITYAN yang ditawarkan :

✅ PAKEJ A : Sumbangan Dana Surau RM300 

PAKEJ B :  Sumbangan Dana Surau RM100

PAKEJ C :  Sumbangan Dana Surau RM50

PAKEJ D : Sumbangan Dana Surau RM30

PAKEJ IHSAN : Surau Fityan (Sumbangan Ihsan)




Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :

Bank : MAYBANK 

Nama : Maahad Tahfiz Al-Fityan

No Akaun : 552125567429

Letakkan reference/remark "SURAU FITYAN" untuk bantu kami semak transaksi sumbangan.

Untuk maklumat lanjut,

Boleh Hubungi: Tuan Aziz KLIK SINI


LIKE |FOLLOW |SHARE


Sebahagian daripada hasil sumbangan akan disalurkan untuk kerja-kerja pengurusan dan operasi pihak Maahad Tahfiz Al-Fityan


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ A: Sumbangan Dana Surau RM300
PAKEJ B: Sumbangan Dana Surau RM100
PAKEJ C: Sumbangan Dana Surau RM50
PAKEJ D: Sumbangan Dana Surau RM30
PAKEJ IHSAN: Surau (Sumbangan Ihsan)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


PENGESAHAN